Saturday, February 09, 2013

Malaysia Japan Higher Education Program - MJHEP

Assalamualaikum.


Okay. Perasaan aku sekarang; rindu.

RINDU gila ingat masa nak habis sekolah dulu.

Masa tu la aku rasa aku ni memang seorang pelajar sekolah menengah.

Tiada pengalaman dan perasaan yang lebih manis dr pengalaman menjadi seorang senior.

Kebebasan dan perasaan yang seakan akan dilayan dgn special oleh sekolah membuatkan masa tingkatan 5 ialah masa yg paling best.

Sume org study gila2; cikgu2 pun tak kurang jugak.

Ya Allah aku rindu sgt lepak dgn classmates alif, nazmi, tadha, zul. Pegi tusyen, study dkt libry, dkt masjid negeri...that moment is sooooo owwwwsemm.

Sekarang sume dah ada laluan masing2. Aku rase alone jugak tercampak dekat MJHEP ni.

***************************************

Apa tu MJHEP? 
Malaysia Japan Higher Education Programme. Korang akan belajar di Malaysia 3 tahun; Jepun 2 tahun. Bawah tajaan Yayasan Pelajaran Mara.

Belajar kat sini penat tetapi syok. *la sgt* 

Jadi, aku sebagai student program ni dgn bangganya menjemput sume candidates SPM 2012 tuk apply this program. Permohonan dah dibuka. Jangan lambat. Ambil peluang yg ada :)

P/s : Hilang idea nk update ape...hehe. Maaf terlampau kesibukan.

Saturday, January 19, 2013

Kematian.

Assalamualaikum konnichiwa :)

Kematian.

Mati itu adalah pasti. Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."
(Riwayat At-Tirmidzi)

..........................................................................

Astaghfirullahalazim.

Kita dilarang meminta minta mati tapi disarankan agar selalu mengingati mati.

..........................................................................

Memetik kata kata ustaz azhar idrus "seeloknya kita berdoa pada Allah utk dipanjangkan umur"

Fuuuhh. Kadang2 baru kita sedar percakapan seharian kita selalu sgt ckp bende yg negatif.
Sikit2 komplen itu ini. Tak pernah bersyukur dgn apa yg kita ada.
Insya-Allah I'm trying to keep my mouth from ckp bende2 yg nonsense.

p.s : taknak cakap mati or carut2 lagi

Lega.

Alhamdulilah, this week aku managed tuk melaluinya dgn tabah (walaupun byk komplen)
Kelihatan midsem kali ini utk Jepun amat teruk but we shud wait for the result.
Palin penting; pray for the best.

Lepas ni aku akan mulakan projek Robocon for Creative Object I subject dgn groupmate Haziq, Alya, Sahkhirah. Of course kami target utk champion.

Oh ye lupa nk update, kitorg Batch II MJHEP 2012/2017 baru je tamatkan lesson 50 Minna no Nihongo this week. Maka tamat jugalah level Beginner kitorg.

Teringat masa mula2 start belajar dulu.


Buku Intermediate level sudah distribute dan minggu depan kitorg akan mula. Now kitorg ibarat dah grad dari sekolah rendah di Jepun dlm masa 6 months. 早すぎますね!よかった。

Baru ni tgk gmbr fb kawan2 yg ada kt Jordan, sume dah upload gambar main salji. Tak semena mena aku rasa bangga tgk diorg and sedikit sebanyak boost my motivation utk ke Jepun. Just wait a little moment akmal.

Now i need to concentrate on how to master this lukisan;

Creative Object II
p/s: This week ada test utk lukisan pulak. Maka peninglah lagi kepala aku. InsyaAllah cuba memahaminya :)
さようなら。。。

Saturday, January 12, 2013

Celcom dan Exam.

1) Cuti yg membosankan.


7 Januari 2013 aku mula balik ke kolej. Cuti seminggu sebelum tuuu..mcm mane nk describe :/  Yang sebenarnya, aku ni pantang balik rumah. Kalau balik rumah konfem satu keje pun tak sentuh.

Balas dendam.

Ye. Aku balik rumah dgn harapan menggunung nk siapkan shukudai (assignment) . Namun malangnya janji manis dan kata kata itu hanya ibarat ;

"Menanam tebu di tepi bibir"

Bukan ape, dkt kolej, tiap tiap hari aku dapat shukudai berlambak lambak. Korang mungkin rasa ini hiperbola, tapi, ye..just come here and tell me how is it. 

Cuti seminggu (merangkap cuti sem, cuti midsem; bermakna aku tkde cuti sem yg berbulan bulan mcm budak lain :( aku tak penah kenal erti berhenti dari belajar ). Misi utama gagal! Walaubagaimanapun, misi membalas dendam;
SUKSES!

Maka, para syaitan pun gembira dapat hasut aku. Bangun lambat. Tengok tv. Main lptop. Tidur. Tu je la seminggu. Buku? ぜんぜん見ません。

Tetapi, aku ada satu citer yang buat aku sgt bingung.

Pada satu hari, aku dipaksa oleh pihak atasan pergi dgr satu seminar di bangunan Mara (sblh sogo). Sgt best sbb dapat makan hotel tu. Ceramah, aku tidur. Isi tak penting, yang penting aku dpt jenjalan.

Sedang aku berkeliaran di sekitar sogo, ade sorg brader ni usha aku. Dia hulur simkad celcom. Pasal aku pun da mmg sedia ada pelanggan setia celcom, aku tolak lah. Tapi brader ni terus gak ckp mcm2 sampai aku tertarik nk amik. Dah la dia kasi free, pelan yg ditawarkan pun mcm best. Okay tup tap tup tap; aku dapat simkad baru :3

Masalahnya pulak, aku ada 2 fon,4 number celcom. Satu number family, number sendiri, number broadband and plg latest number baru dpt td. Aku pun dgn happynya guna la number baru...

Selang beberapa bulan, number tu langsung aku tak pakai. Brader tu penah ckp, kalau tak pakai 3 bulan berturut, otomatik dia tutup..tp yg jahatnya, tibe2 pulak number tu ade cas sewa. Kiranya mcm pelan postpaid. Pakai tak pakai tiap bulan ade caj RM 50. Mcm haram.


Buku buku kesayangan :3


Aku tak tau pun. Mak aku bitau,;

"Bang, mak dah bayar number celcom kau RM150. Nt bayar kt ayah kau balik."

Terkedu aku.

Rupanya dia hantar bill kat umah. Dan disebab an kesibukan aku, nak jadi citenye, aku tak sempat nk g celcom centre nk tutup. Sehinggalah cuti awal tahun baru ni, baru aku ada chance g tutup. Tapi with last payment RM150 lagi..

Aku rasa mcm sakai gila. Habis duit gitu je. Kalau ikutkan duit tu cukup sebulan makan :(

So, totally aku dah bayar RM 300 kepada celcom FREE je. Memang bodoh. Aku bodoh. Yang jual tu bangang. Jahat gila brader tu.


Pengajaran : Jangan pakai number fon banyak sgt :p 


2) Exam.


Naik je pertengahan sem 2 ni, maka beraturlah subjek2 yg nak exam...pening aku. Lepas satu, satu..bahasa jepun takyah ckp la, tiap hari ada kuiz. Korang igt boleh rileks ke duk sini ?

Semakin hari aku rase aku makin stress. Jadi robot. Zombie. Mayat. Mati hidup balik. Ni sume istilah yg aku selalu pakai. 

TENSION.GILA.

Hari Ahad, hari paling 大変 (penat). Penat copy shukudai. Shukudai nk copy pun berjam tau. Sedih aku. Malam tu aku tidur pukul 4. Semata buat shukudai. Hari Selasa aku ada exam chemist. Soalan; taknak cite.

Rabu aku ade engineering. Main lukis2. Aku rasa sgt bingung terpaksa menjenguh org sblh nk buat. Susah gila takde basic nk melukis ni.

Ni jadual minggu depan;




Nampak yang kuning2 tu? Tu semua test. Memang dari mula masuk jadual dia mcm ni. Hari jumaat tu mid-sem :( Hari khamis ada math, engineering dalam nihongo of course :( hmmm hmm hmm hmmm :( (


Rasa give-up. Rasa lemah semangat. Rasa menyesal masuk program ni.

Tapi aku lupa, aku ada amanah. Aku bawak tanggungjwb. Aku perlu jaga hati mak ayah. Paling penting, jaga hubungan dgn Yang Esa :)



Pengajaran: Decide tempat yg korang nak belajar betul2. Jangan menyesal di kemudian hari.

p/s:  Kepala aku sakit gila gila minggu ni
        Aku happy ada kawan yg membantu dan baik hati.


ありがとうございました。
お休みなさい。

Tuesday, January 01, 2013

初めて!

Assalamualaikum.

Dear blog,

"Neves."
....................................................................

Ini bukan kali pertama aku menulis entry di blog, tapi perasaannya agak gementar di situ.

Reason aku kembali ke dunia penulisan ni tak lain tak bukan, tuk memenuhi masa yg terlapang.

Walaupun reason agak gampang, tp aku rasa puas aku ada blog sendiri. Aku boleh tulis apa yg aku nak.
I can express anything freely. For the time being, aku rasa mmg blog ni tak bertahan lama. Pasal aku jarang2 ada masa lapang :0

....................................................................

So, utk post pertama ni, selamat berkenalan. Selamat membaca blog aku ni. Anything leave me a comment, and jgn lupa tekan butang follow dkt twitter. Yosh.


Mwehehehe....XD